Selasa, 1 November 2011

SEBUAH LAGI AUTA KARYA ISA DAUD. ( AMARAN- 18SX)


Planet of the Apes (Special Edition)



Gunung Buah-Buahan- Dongeng Rakyat Asia ( Versi Pisang Ajaib?)

          Maka tersebutlah kisah sebuah negeri di Asia Tenggara yang mempunyai banyak hutan simpan tak kira masih dara mahupun janda…banyak gunung ganang yang menutupi muka buminya…mampu menjadikan mata ini terpukau dan terpesona seketika…Sekiranya terus di perhatikan mampu membuatkan manusia menjadi khayal, malah mungkin juga buta,rabun dan sebagainya..

         Adapun negeri itu, tiadalah seorang manusia pun yang tinggal didalamnya melainkan haiwan jua adanya. Maka teramat banyaklah haiwan yang ada di sana, terutama sekali kaum monyet yang amat berkuasa…Adapun rajanya dari kaum monyet itulah…Di panggil dengan nama Sang Kera Sakti Jelmaan Dewata Mulia Raya Shah Jihan Anak Kepada Lotong Sakti Alam Shah Bana Jamalullail…

Sabtu, 23 Julai 2011

PM Sebagai pemimpin Terbaik Sepanjang Zaman

Rise Of The Planet Of The Apes





Assalamualaikum..
Kali ini penulis merasakan yang penulis tidak perlu lagi bercakap panjang lebar. Tak perlu lagi menunggu di kesempatan yang seterusnya hanya untuk menyatakan kebenaran. Tak perlu tangguh untuk menyatakan rasa sayang yang sebenarnya kepada PM. Ya, sayang. Tak pelik pun kan? Ramai yang sayang pada PM, jadi apa salahnya kalau penulis turut merasa sayang?. Sayang sebagai teman. Sayang sebagai sahabat. Sayang sebagai teman rapat. Sayang sebagai insan yang taat. Taat kepada pemimpin terbaik sepanjang zaman. Dan penulis mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Bukan saja mengikut kata orang. Mengikut rentak permainan individu berkepentingan. Tak.. Ada sebab..semuanya akan jelas sekiranya kita lebih memahami PM.
      Hari ini..penulis tak banyak menerima email sebagai mana dahulu. Sudah tak ramai yang sanggup mengatakan kata-kata kufur kepada PM. Tak ramai yang mula membantah dan mengatakan yang beliau kejam, jahat, licik, suka mengambil nama dan kesempatan, hanya memikirkan wang dan sebagainya. Mungkin mereka dah mula faham niat PM yang sebenarnya. Mungkin mereka dah mula tahu membezakan antara HAK dan BATHIL. Antara tanggungjawab dan kejam itu sendiri. Mungkin mereka dah mula mempunyai kesedaran sendiri. Kembali kepada jalan yang benar. Kembali memberikan tahap RESPECT yang tinggi kepada PM sebagaimana yang sepatutnya berlaku. Dulu, kini dan selamanya.
      PM terbukti telah meng"handle" semuanya dengan baik sekali. PM terbukti berjaya membuktikan kelicikannya tidak menguntungkan diri sendiri. malah semuanya sekali turut merasakan serba sedikit keuntungan dari semua yang PM miliki. Tak kira ilmu, pengalaman, nasihat dan wang ringgit. Semua yang ada turut dikongsi. Di agih-agihkan seadil-adil mungkin. Lihat sahaja hari ni. Bagaimana PM membuktikan pada dunia bahawa beliau di pihak yang benar. Tohmahan kepada beliau semuanya palsu dan hanya merupakan satu konspirasi bodoh pihak-pihak yang masih hidup di bawah tempurung. Menunggu hujan untuk bermain air, menunggu kemarau untuk duduk merintih dan menunggu salji untuk menghangatkan diri. Semuanya hanya tahu bersandiwara di atas pentas politik.
      Justeru itu ramai yang telah muak dan tidak hairan dengan taktik pembangkang. Ramai yang jelik dan tidak lagi mahu menyokong perjuangan songsang. Ramai yang telah sedar dan mahu kembali dalam barisan. Tidak mahu menjadi gunting dalam lipatan. Tidak mahu menjadi musuh dalam pakatan. Tidak mahu di gelar munafik sepanjang zaman. Semuanya kerana mereka sedar. Niat suci PM demi islam. Niat suci PM demi melayu. Niat suci PM demi rakyat malaysia. Semuanya suci, tiada yang selain itu. Itu yang PM mahu. Itu yang kita mahu lihat berlaku. Dan saksikanlah..ia dah pun hampir-hampir berjaya. Hanya perlukan sedikit usaha. Sedikit. Hanya sedikit. Itu yang PM selalu minta. Itu yang kita akan lakukan untuknya.
       Penulis merasakan yang hampir keseluruhan rakyat telah dapat membaca taktik licik PM yang lansung tidak menghiraukan tuntutan pembangkang. Langsung tidak menghiraukan segala rayuan. langsung tidak menghiraukan apa-apa pun yang tidak berkaitan dengan Melayu-Islam. Mereka harus faham PM adil. Namun adilnya PM ada batasnya. PM sabar. Namun sabarnya PM ada hadnya. PM bukan ahli poltik biasa. PM adalah ahli yang pentingkan kemakmuran negara. Pentingkan kebajikan rakyat sepanjang masa. PM bukan seperti mereka. hanya tahu pentingkan diri semata-mata.. Tidak..!..Tidak sesekali.. PM bukan sedemikian orangnya.
        Mungkin ramai yang sudah mengerti. Apa sahaja yang PM lakukan adalah demi islam. Apa sahaja PM korbankan, hanya untuk melayu-islam. Kita. Kitalah orang yang cuba di lindungi PM, cuba di didik dan di asuh. Cuba di angkat PM supaya setaraf dengan bangsa lain. Samada di tanah ini. Hatta di negara lain sekalipun. Kitalah yang mendapat keuntungan hasil semua usaha PM. Kitalah yang untung di kemudian hari kerana terus menyokong dan membantu PM. Semua bukan percuma. Ada udang di sebalik mee..semuanya seakan-akan berjalan dengan lancar. Penulis yakin..tak hari ini..esok..tak esok..lusa..Semuanya akan merasai hasilnya. Semuanya mampu mengukir senyuman gembira. Apa yang kita sokong..apa yang kita dah buat..apa yang kita perjuangkan..semuanya berjaya. Berjaya dengan bergayanya. Usaha kita. Kemenangan Kita.
        Jika di lihat dari sudut judi yang hangat akhir-akhir ini. Ramai yang dahulunya tidak mengerti kenapa PM tidak menghapuskannya terus sebaliknya hanya membiarkan sahaja ia berjalan hatta di bulan paling mulia sekalipun. Bulan Ramadhan. Ramai yang dahulunya akan kutuk PM pasti hari ini akan yakin setelah faham kaedah yang cuba di laksanakan PM. PM dah melihat, PM memahami. Judi tak boleh di hapuskan begitu sahaja. Judi adalah sesuatu yang Melayu paling suka. Paling cinta. Walaupun agama melarang keras perbuatan yang hanya merugikan masa dan tenaga. Merosakkan keluarga tercinta. Merugikan anak-anak muda yang menjadi pewaris warisan bangsa. Merugikan semua kaum. Terutamanya..kaum bumiputera.
         Biar penulis terus memberikan jawapan..kenapa..kenapa..kenapa. Jawapannya.. PM ingin membuat pendekatan berbeza. PM tak mahu melayu terus menentangnya dalam diam. PM tak mahu  Melayu terus rugi di akhir zaman. PM sebenarnya mahu jika semua pusat judi milik kaum lain terus "Jadi HARAM", namun masih boleh berjalan di tempat tertutup. Hanya yang boleh di buka secara bebas, adalah yang milik SAH bumiputera. Buktinya..pusat judi yang SAH adanya saham milik PM sendiri boleh di buka setiap masa. Tiada yang marah. Tiada yang tegur. Inilah yang di namakan menjadikan halangan "HARAM" itu satu cabaran. Bukan mencabar ketuhanan. Namun hanya mencabar bagaimana mengatasinya demi kepentingan masa depan. Di sinilah letaknya kebijaksanaan. Kebijaksanaan menarik kaum lain untuk mendekati Islam.
          Cubalah saudara-saudara sekalian bayangkan..kaum lain dah lama kaya..dah lama untung. Dengan @ tanpa bantuan kerajaan. Mereka bertindak dalam keadaan tersusun. Dalam tindakan yang cermat dan licik. PM hanya mahu melayu turut bertindak sebegitu. Lagipun semua yang mereka buat tu datangnya dari siapa? Kita juga. Saf dalam islam dah mengajar semua ini dulu. Namun mungkin kita lupa. Justeru tak salah jika PM cuba mengingatkan kita dan membangkitkan kembali memori lama. Tak salah jika PM mempertahankan apa yang paling di sayanginya. Islam. Tak lama lagi, mungkin PM akan mula berterus terang. PM hanya mahukan bumiputera menjadi pemilik pusat judi, yang "HALAL", boleh di buka bebas, 24 jam. Manakala yang "HARAM", pandai-pandailah mencari ruang dan kesempatan. Pandai-pandailah kalau nak merasa sedikit keuntungan. Tak lama lagi, kaum melayu tidak mungkin akan terus bodoh mengalami kerugian. Tak mungkin terus hidup seakan-akan menumpang orang. Tak mungkin.
        Kembali mengingatkan kata-kata azimat PM membuatkan penulis turut bersemangat untuk terus bersama-sama dan menyokong PM sehingga ke akhir masa. Kata-kata tu, walaupun hanya satu kata-kata yang ringkas..amat membuatkan penulis kagum dengan PM. kagum dengan hakikat PM yang mahu melakukan "Transformasi" berterusan. Mahukan kaum ini kembali mencapai kejayaan, memperoleh kembali segala HAK dan keuntungan.
Beliau pernah berkata  "Judi tidak haram, sama sekali jika ia menguntungkan Islam"
Beliau juga seringkali mengingatkan kita" Kata-kata dan janjiku itu kota, selagi ada hayat, nescaya aku akan melaksanakan tanggungjawabku sebaik mungkin. Percayalah" 
Beliau juga pernah menegaskan " Sesungguhnya jika Tuhan sekalipun menyuruh diriku meninggalkan urusan ini, nescaya tidak akan aku pedulikan. Sehinggalah aku mendapat wang @ gaji tiap-tiap bulan" "Itu lebih baik bagiku dari seolah-olah hidup menumpang orang, makan hasil sedekah sepanjang zaman"
Beliau juga pernah berjanji " Selagi aku hidup, Islam akan terus aku pertahankan"

         Sesekali ketika penulis mengingatkan kembali kata-kata ini. Penulis mungkin akan menitiskan airmata tanpa di sedari. Sungguh kekaguman dan rasa kasih penulis kepada PM biar apa pun berlaku, tak mungkin pudar di telan masa. Semuanya akan kekal di memori penulis sehinggalah ke akhirnya. Penulis benar-benar merasakan sudah sampai masanya PM di iktiraf segera sebagai Pemimpin Yang Terbaik Sepanjang zaman. Tiada yang lain yang lebih layak Hanya PM kita seorang. Hanya dia. PM kita selamanya. Dunia menghormatinya..kita sentiasa sayang kepadanya. Cinta rakyat kepada pemimpin yang adil dan saksama..Kekal dalam ingatan kita selamanya..
..................................................................................................................
Penulis menulis semua ini sebagai episod terakhir dalam siri ini.
Penulis merasakan yang semuanya sudah faham dan jelas dengan keadaan semasa yang sedang berjalan.
Lalu penulis merasakan tidak perlu lagi bersusah payah membuatkan mereka-mereka yang bodoh dan tolol itu faham...
Inilah PM..dan inilah yang beliau akan lakukan..
Semuanya demi siapa? Fikir-fikirkanlah.kawan...

Ahad, 17 Julai 2011

PM Sebagai Seorang Yang Mulia- Setelah Transformasi Berjaya

Honor Among Thieves

Assalamualaikum. Penulis setelah sekian lama memuji PM kita, merasakan masih terdapat beberapa tajuk yang perlu di kupas dan di kongsi bersama. Penulis mahu rakyat benar-benar mengerti. Benar-benar memahami visi dan misi PM. Penulis mahukan rakyat benar-benar faham perjuangan PM demi Islam. Demi masa depan. Penulis tidak mahu umat ini terus melakukan kesilapan. Tak mahu umat islam hanya mengharapkan keupayaan PM membuat keputusan.

Sepertimana yang penulis selalu katakan. Jika umat ini terlebih memahami PM, hampir setiap hari bersamanya sebagaimana penulis juga. Mereka akan dapati PM bukanlah sekejam, sehagas dan sekotor yang mereka sangka. Mereka akan dapati PM amat jujur, bersih,penyayang pada rakyatnya. Mereka akan dapati PM penuh dengan rancangan yang bermakna. Penuh dengan keingingan untuk memajukan anak bangsa. Penuh dengan keinginan melaksanakan tranformasi negara. Terutamanya dalam bidang agama. Mereka akan tahu niat PM yang sebenarnya bukanlah keuntungan, bukanlah hanya sekadar mengambil nama dan jasa. Sebaliknya mengajar mereka bagaimana untuk mengubah minda menjadi minda kelas pertama.

Sehubungan dengan hal-hal yang masih belum jelas sebelum ini. Terutamanya dalam bidang agama. Bidang yang kita tak sangka, PM amat mahir dan mampu menjadi rujukan kepada kita, malah mampu menghuraikan segalanya dengan begitu mudahnya. Ternyata, PM juga adalah seorang Ilmuan Islam dan ulama juga. Cuma tiada sijil yang mampu mengiktiraf tinggi ilmunya itu setakat mana. Namun begitu, pandangan PM sentiasa dapat di terima semua dengan hati terbuka. Mungkin cuma sedikit lambat demi memastikan perinsip ilmu itu tidak bersalahan dengan usaha dan sesuai dengan matlamat yang ingin di capai semua.

Sekiranya rakyat memahami..banyak perkara yang PM mahu kita ubah pendekatan. Mahu kita tukar pandangan. mahu kita lakukan perubahan. Sesuai dengan konsep islam yang sentiasa sesuai dengan masa dan zaman. Sesuai dengan tempat dan keadaan. PM tidak mahu kita terlalu terkongkong dengan pandangan dan hujah di zaman dahulu kala. Tidak mahu kita terus tertutup untuk menerima pembaharuan yang kritikal demi kepentingan anak bangsa. PM tidak mahu seluruh dunia terus menghina Islam sebagai agama yang menutup pintu kepada kemajuan teknologi semasa. Menutup pintu kepada semua perkara yang semakin lama semakin jelas banyak keburukan dari kebaikannya. Banyak haram daripada halalnya. PM mahukan kita sentiasa bersikap terbuka. Bersikap sentiasa menerima. Sentiasa sesuaikan diri dengan perubahan semasa.

Biar penulis memberikan contoh:-

Pernah penulis bertanya kepada PM tentang pandangan beliau mengenai ramainya ustaz-ustaz dan juga para Ilmuan agama yang lebih suka mengkaji hadis dan al-Quran. Semuanya demi untuk kepentingan islam seolah-olahnya. Namun PM tidak menyukai semua itu. Apa yang PM lebih suka adalah tindakan demi memastikan islam mencapai kepentingan tersebut. PM pernah berkata:-

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa umat islam di masa ini mengambil jalan yang salah dalam menentukan sesuatu hukum. Ramai yang menyangka apabila membaca dan mengkaji sesuatu hukum dari sudut halal dan haram, boleh dan tidak..kita telah melaksanakan kewajipan kepada Allah, padahal apa yang kita putuskan itu hanyalah bersandarkan anggapan bahawa kita yakin itulah kehendak tuhan. Sedangkan nabi sendiri hanya memutuskan hukum tersebut setelah mendapat wahyu dari tuhan. Bukan semata-mata takut kepada kekuasaan @ sekadar ingin mendapat tempat dalam sesuatu jawatan @ sekadar mengatakan yang ia tidak mampu di elakkan.

PM berkata lagi:-

Bahawasanya umat ini ternyata umat yang sangat mementingkan ketuhanan. Segalanya yang di putuskan jelas menggambarkan mereka masih merujuk al-Quran. Namun pendekatan tersebut terdapat beberapa kesalahan yang perlu di perbetulkan. Contoh:- Dalam memberikan jawapan kepada persoalan agama yang berkaitan dengan sesuatu yang tidak mampu di fikirkan di zaman dahulu, tidak dapat di kira kerana belum sampai waktu. Sepatutnya sudah dapat di perjelaskan dengan sepenuhnya pada hari ini. Dalam hal menentukan kewujudan tuhan, PM merasa amat lucu sekiranya ada Ilmuan yang mengambil contoh angin sebagai menggambarkan unsur yang tidak di lihat, namun di ketahui dan di rasai kewujudannya secara Nyata. Ini adalah silap, kerana sains hari ini telahpun membuktikan yang Angin mampu dilihat dan mampu di kaji. Bukan sahaja di rasai malah boleh di timbang, di kira mengikut kaedah saintifik. Bukan lagi sesuatu yang "tidak wujud" namun jelas nyata kewujudannya.

PM berkata lagi:-

Adalah menjadi satu kesilapan dalam menilai sesuatu hukum berdasarkan contoh yang mungkin sesuai di masa lalu berdasarkan masa dan keadaan pada masa tersebut, namun sekiranya di nafikan pada masa kini. maka kita akan terdiam ranpa mengambil jalan untuk mengatasinya. PM bimbang. Kalau sekiranya akal fikiran umat islam terus terbelenggu dengan hukum halal dan haram, tanpa mengambil jalan mengkaji bagaimana IA DI BOLEHKAN, DAN SETERUSNYA HALAL. Maka suatu hari nanti apa yang bakal kita saksikan hanyalah sekumpulan si tolol yang mempermain-mainkan hukum Tuhan, dengan alasan kita lemah dan tak mampu mengelak dari terjerumus ke dalam keharaman.

PM bimbang, kalau sekiranya tiada kajian yang di lakukan demi menjadikan sesuatu yang jelas haram (dalam makanan) itu, sebagai sesuatu yang HAHAL demi kebaikan umum. Maka ada kemungkinan bahawa babi juga mungkin HALAL sekiranya terdapat satu situasi di mana babi mungkin menjadi satu-satunya jalan untuk mencegah dari dan mengubati penyakit yang kritikal. Aids misalnya. Sekiranya barat mengatakan bahawa babi adalah satu-satunya ubat yang ada, mungkin bagi si tolol ini, mereka akan menerimanya dengan bulat-bulat tanpa terfikir. Mungkin kalau di kaji secara mendalam..ada alternatif lain yang mampu menggantikannya seperti unsur-unsur dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang lainnya.

PM sebenarnya mahukan umat ini berfikiran secara kritis dan kreatif. Berfikiran seumpama akal kenabian. Berfikiran jauh ke hadapan. Berfikiran demi kebaikan di masa sekarang dan di masa depan. Apa yang di harapkan oleh PM, bahawa hari ini dan hari-hari seterusnya, kita akan menyaksikan munculnya individu-individu yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan mengambil pendekatan dan tindakan bersesuai dengan ajaran islam yang sebenarnya. Bukan semata-mata individu yang takut untuk membuat keputusan dan berfikir sendiri, namun galak untuk menjatuhkan hukum kepada yang lain. Tanpa mereka sedari, hukum adalah milik Allah. Milik Yang Mengetahui. Bukanlah sesekali milik yang hanya tahu membaca dan mengambil keuntungan demi diri sendiri.

Penulis pernah bertanya kepada PM apa yang beliau mengharapkan di sebalik apa yang beliau telah lakukan?. PM hanya tersenyum dan dan berkata:-

Tiada yang lain yang ku harapkan pada umat ini selain mereka mengikut dan melaksanakan perintah Tuhan dengan sebenarnya. Sesungguhnya aku benci melihat mereka hanya mengambil perkataan "Katakanlah" di dalam al-Quran yang sebenarnya khusus hanya untuk nabi. Tapi aku lebih suka mereka mengambil perkataan "Lihat" " Fikir" "Laksanakan" "Ikhlas kerana tuhan".

Aku tidak mengharapkan apa-apa dari mereka, dan sekiranya aku mati melaksanakan tanggungjawab mendidik, menjaga dan menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Maka sesungguhnya aku itu lebih aku sukai dari terus berada di dunia dalam keadaan yang hina.

Sesungguhnya kemurkaan tuhan itu lebih aku takuti dari kemurkaan mereka-mereka yang gila kuasa. Apalah dayaku, sekiranya mereka tidak mahu menghargai semua usahaku dan membiarkan masa berlalu dengan sia-sia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis tidak mampu meneruskan dialog dengan PM kerana sebak mendengar jawapan beliau.

Ternyata PM, masih tetap PM biarpun bagaimana dunia melayan dan menilai beliau.

Sabtu, 16 Julai 2011

PM Sebagai Pemimpin Yang Menjana Transformasi Negara

Transformers: Dark Of The Moon - The Album
 Penulis lihat wajah PM kurang gembira hari ini. Walaupun di datangi ramai kawan termasuk dari Kuala Lumpur. Namun PM kelihatan sedikit resah. Sedikit risau. Seolah-olah ada sesuatu yang masih belum terlaksana. Penulis tertanya-tanya. Apa lagi yang di mahukan oleh PM kita. Sedangkan beliau sudah mempunyai segala-galanya. Sudah mampu berdiri setanding dengan pemimpin lain di dunia. Sudah sekian hebat, sehinggakan ramai yang mengakuinya. Ramai pula yang menjadikan PM sebagai idola dan sumber inspirasi mereka. Ya..PM kita, antara yang paling berkaliber dalam dunia. Dunia menghormatinya, dunia menerima ideanya, dunia tahu kewujudannya. Apatah lagi kita?
            Penulis sedih melihat ramai di kalangan kita yang seolah-olah tidak mahu menerima dan menolak kehadiran PM sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia. Sedih bila ada yang sanggup mengatakan sesuatu yang langsung tidak bermakna kepada PM. Sedih bila ada yang langsung tidak mahu menyapa beliau. Sedih bila ada yang langsung tidak berbudi bahasa. Sedih bila ada yang langsung tidak tahu membalas jasa. Sedih bila ada pula yang hanya tahu mengambil nama dan jasa semata-mata. Mungkin itulah sebabnya penulis lihat, walaupun ramai yang menyertai beliau dalam satu-satu majlis. Beliau masih sedih. Seolah-olah ingin menitiskan air mata. Seolah-olah beliau sedang menyimpan sesuatu perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Sedih sebagai seorang insan biasa..macam kita juga.
           Penulis melihat ini sebagai satu keadaan di mana penulis tidak patut biarkan begitu sahaja. Sudah sepatutnya penulis cuba sedaya upaya membantu beliau, hadir di sisi beliau menawarkan bantuan sekadar yang penulis mampu. Penulis tahu. PM tidak pernah meminta semua itu. Namun, sebagai seorang insan, sebagai seorang yang taat. Wajib penulis ada ketika itu. Wajib penulis membantu PM mencapai yang beliau mahu. Wajib bagi penulis menggembirakan PM di saat beliau sedih sebegitu..
           Penulis sememangnya ada. Dan penulis tidak sesekali membiarkan PM keseorangan di saat-saat beliau paling memerlukan kehadiran seorang teman. Kehadiran seorang sahabat untuk meneruskan perjuangan. Kehadiran teman yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. PM ternyata amat menghargai semua itu. PM gembira penulis tidak seperti yang lain. Hanya ada ketika beliau senang, dan seolah-olah menjauhkan diri tatkala beliau di landa permasalahan.Penulis senang melihat PM juga senang dengan kehadiran penulis. Betapa PM menghargai penulis sebagai sahabat. Betapa PM katakan kepada penulis, yang beliau mahu penulis sentiasa di sisinya. Tanpa memandang penulis sebagai kelas kedua dari kalangan rakyat biasa. Bagi PM, semua itu tiada maknanya, yang di mahukan. Hanyalah sahabat yang sudi membantu, sahabat sejati ketika perlu. Itu sahaja.
          Ketika bersama. Barulah penulis faham Kesedihan PM bukanlah kerana masalah yang kita nampak. Bukan kerana masalah yang kita sedar. Namun masalahnya cuma satu. Rakyat. Rakyat yang paling di sayangi PM. Paling ingin di bantu PM. Paling ingin di ubah PM menjadi kelas pertama. Menjadi hebat dan di pandang tinggi di mata dunia. Menjadi pelopor kepada percambahan pelbagai ilmu baru di seluruh dunia. Menjadi nadi penggerak kemajuan bangsa. Menjadi golongan yang sentiasa dahagakan kebaikan. Cintakan keamanan. Menjadi seumpama bangsa lain juga di dalam dunia. PM mahu suatu hari nanti, kita boleh berbangga kerananya. Bangga kerana akhirnya, kita ada sesuatu yang benar-benar milik kita. Sesuatu yang di usahakan bersama. Bukan sesuatu milik orang lain, yang di ambil secara paksa. Itu yang PM benar-benar mahu. Tiada lain selain itu.
          PM mahu Transformasi berlaku. PM mahu kta berubah dari kebiasaan lama. PM mahu segalanya sempurna. Macam yang penulis dan anda telah faham sekian lama. PM mahu minda kita berubah. PM mahu para ilmuan terutamanya dalam bidang agama menjadi lebih terbuka, lebih bersedia dengan kemajuan teknologi semasa. PM sedar. Bidang agama, suatu bidang yang paling kritikal. Paling lemah dalam dalam mengejar segala yang berlaku di dunia. PM mengatakan kepada penulis, jika mahukan satu negara yang benar-benar satu bangsa. Agama sepatutnya menjadi kunci kepada segalanya. Para ilmuan dalam bidang ini, seharus tidak terikut-ikut dengan cara lama. Harus bagi mereka turut bersama menjayakan agenda tranformasi nasional. Harus bagi mereka berusaha menambah ilmu dan menyampaikannya dengan cara yang paling logik untuk di terima. Tidak hanya tertumpu kepada hadis dan hukum Quran semata-mata. Wajib bagi mereka melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah ke atas bahu mereka.  
        PM sedih sesekali melihat wujudnya individu yang bergelar Ilmuan dalam namun tidak mampu menangani sesuatu isu yang melanda dengan baik. Malah ada juga yang hanya menggunakan cara yang amat mengelirukan demi memberikan sesuatu penerangan. Penulis memberikan contoh..
        Pernah wujud satu diaog antara PM dengan seseorang tentang kewujudan Tuhan, dan walaupun menggunakan sepenuhnya dalil dalam al-Quran, ternyata beliau juga akhirnya mengaku gagal dan tidak memahami apa yang beliau sendiri ucapkan.
        Pernah juga PM menyoal seseorang yang sentiasa mengatakan yang sains juga mengakui al-Quran, namun apabila di soal apa yang di akui sains, beliau hanya mampu memberikan jawapan ayat-ayat suci namun tidak langsung mahu memahami. Yang mahu di fahami di sini adalah, bukanlah ayat apa yang di akui. Namun kenapakah bukan umat islam sendiri yang mengkaji dan memahami rahsia di sebalik semua ini? Kenapa hanya bila ia di akui, barulah kita sibuk menjajanya ke sana kemari, tanpa sedar bahawa ia bukanlah jasa kita sendiri. Sebaliknya hanya akan membuatkan orang lain terus mendapat populariti. Sebagai pelopor bidang ini. Bukan kita sebagai pemilik kitab, tapi orang lain yang hanya membacanya sekadar rujukan. PM paling benci keadaan ini.
        PM sebenarnya mahu rakyat terutamanya yang bergelar Ilmuan Islam. Memahami tujuan al-Quran di turunkan. Mengubah masyarakat yang jahil menjadi lebih memahami. Mengubah umat yang suka berperang kepada masyarat yang lebih sukakan keamanan. Mengubah sistem masyarakat yang gasar kepada yang patuh kepada undang-undang dan peraturan. Dan paling penting, mengubah minda yang malas dan hanya suka mengharapkan keajaiban kepada yang sentiasa berfikir penuh kewarasan. Itulah tujuan turunnya Al-Quran, mengubah manusia secara berperingkat..di penuhi segala kebaikan. Dunia dan akhirat.
       PM sangat bencikan mereka yang menggunakan al-Quran dan sekadar mengkajinya untuk masalah hukum. Malah memperincikannya sehingga hukum tersebut menjadi terlalu ketat, terlalu sukar untuk di laksanakan. Sedangkan Islam itu mudah. Jika di kaji, banyak di antara hukum apabila nabi diam. Bermakna ia di bolehkan. Seumpama memakan "Dhab" iaitu biawak pasir. Tiada pula hukum yang mengatakan ianya haram. Padahal biawak di negara ini walaupun bersaudara dengannya masih kekal haram.
       PM juga pernah memperincikan hukum "alkohol"@ air wangi yang di gunakan secara meluas dalam negara ini. Sehingga, ada yang menghukumkan ianya halal di bawa sembahyang. Bagi PM, ia cuma di bolehkan kerana tiada alternatif lain untuk menggantikan "zat" alkohol tersebut. Sepatutnya apabila terdapat halangan ( haram), bagi umat islam yang mempunyai kesedaran. Seharusnya melakukan lebih banyak kajian dan mencari "zat" yang baharu, yang lebih sesuai namun setanding dengan yang mahu di gantikan. Dalam kes ini "alkohol", sepatutnya ada bahan lain yang lebih bersesuaian dengan keadaan umat islam yang hampir segalanya menjadi haram. Kerana banyaknya pihak yang suka memperincikan hukum tanpa suka membuat kajian. Akibatnya umat islam jauh ketinggalan..
         PM mahu rakyat memahami.. di dalam al_Quran yang agung itu sendiri. Penuh dengan ayat. BACA...PERHATIKAN..FAHAMI..LAKSANAKAN.. Itu sahaja yang mampu menamatkan ketandusan para Ilmuan. Mampu menamatkan kebergantungan kita kepada pihak-pihak yang sentiasa mengambil kesempatan mengaut keuntungan. Mampu mendekatkan jurang di antara seluruh umat islam dan bukan. Mampu memiliki kembali HAK yang dahulunya di rampas orang.  Hanya itu sahaja yang PM mahukan. Namun, bolehkan beliau lakukannya seorang?
       
Bersambung..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------​-------------
Penulis terpaksa berhenti kerana tiada daya untuk terus menulis lagi..
Lagipun...penulis terpaksa bangun awal esok untuk memastikan bahawa mentari masih ada...

 
Photography Templates | Slideshow Software